MUHAJIR
Selamat datang ke Muhajir, agensi perjalanan yang dipercayai. Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan, terutamanya umrah dan ziarah, serta pelancongan dalam negara dan antarabangsa. Setiap perjalanan anda bersama kami dijamin lancar dan teratur.
Di Muhajir, kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik, lengkap dengan pengisian dan bimbingan yang bermanfaat. Jadikan Muhajir pilihan utama anda untuk pengalaman perjalanan yang memuaskan dan bermakna.
Pilih Muhajir, destinasi anda untuk perjalanan yang sempurna.
Penubuhan Muhajir
MUHAJIR ialah sebuah jenama yang dimiliki sepenuhnya oleh SYM Alamin Travel Sdn. Bhd. Syarikat bumiputera ini telah ditubuhkan pada 13 Disember 2021. Sepanjang beroperasi, SYM Alamin Travel Sdn. Bhd. telah menimba pengalaman yang luas dalm bidang umrah, haji dan pelancongan. Banyak rangkaian perniagaan dan kerjasama antara syarikat – syarikat lain juga telah dibina.
Matlamat Muhajir
Matlamat utama Muhajir ialah untuk memudahkan urusan permusafiran pelanggan – pelanggan kami serta menjadikan setiap kembara itu sebuah perjalanan ibadah yang tenang dan menyeronokkan.
Kami juga memastikan setiap pelanggan kami mendapat pengalaman suci yang berbeza daripada sebelum memulakan perjalanan hingga kembali ke tanah air dengan memberi tumpuan kepada mengambil ibrah daripada sirah nabawiyyah sebagai pengisian utama kami agar para pelanggan lebih menghayati Islam pada diri mereka dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Produk dan Perkhidmatan
Muhajir menawarkan pakej Umrah, pelancongan dan pelbagai perkhidmatan lain. Pakej Umrah dan kebanyakan pakej pelancongan kami disertakan dengan seorang Murabbi atau guru pembimbing yang akan melakukan pengisian rohani dalam bentuk penghayatan al-Quran, sirah nabawiyyah dan tazkirah harian. Selain itu, Murabbi juga sebagai rujukan bagi permasalahan fiqh dalam permusafiran seperti bersuci sekiranya sukar mendapatkan air, solat dalam kenderaan dan pelbagai persoalan lain yang mungkin timbul sepanjang perjalanan.
Tiket penerbangan pergi balik
Penginapan di
hotel bertaraf
Bimbingan ibadah umrah oleh
mutawif berpengalaman
Pakej Umrah
Komprehensif
Pakej 2024

Rehlah Ilmiah ke Kerala, India

Pelancongan ke Eropah
KENAPA MEMILIH KAMI ?

Bimbingan Komprehensif dan Berterusan
Menyediakan bimbingan penuh dari guru berpengalaman sebelum, semasa, dan selepas umrah, memastikan setiap jemaah memahami dan melaksanakan ibadah dengan sempurna dan penuh penghayatan.

Kehadiran Guru Pembimbing Sepanjang Masa
Guru pembimbing sentiasa bersama para jemaah untuk memberikan sokongan dan nasihat dalam apa jua keadaan, menjamin perasaan selamat dan tenteram sepanjang perjalanan.

Pengisian Rohani Intensif
Program pengisian rohani yang berkualiti dan mendalam di Tanah Haram, bertujuan memberikan impak positif yang mendalam dan berpanjangan kepada para jemaah.

Penerokaan Tapak Sejarah dan Sirah
Lawatan ke tapak-tapak sejarah peninggalan Rasulullah SAW dan penghayatan sirah Nabi menjadi komponen utama ziarah, menambah nilai pendidikan dan spritual kepada perjalanan.

Ziarah ke Lokasi Eksklusif
Menawarkan lawatan ke lokasi-lokasi yang jarang dikunjungi oleh orang ramai, memberikan pengalaman unik dan bermakna yang hanya boleh didapati dari Muhajir.

Kelas Pengajian Susulan
Mengadakan kelas pengajian selepas pulang dari umrah dan ziarah secara percuma untuk memastikan jemaah terus mendalami ilmu agama dan mengamalkan pelajaran dari ibadah umrah dan ziarah dalam kehidupan seharian.

Kepuasan Pelanggan Diutamakan
Memberikan perkhidmatan yang mesra dan profesional, memastikan setiap jemaah merasa selesa, selamat, dan berpuas hati sepanjang perjalanan umrah dan ziarah.

Kepatuhan dan Integriti Syariah
Setiap aspek operasi syarikat mematuhi prinsip-prinsip syariah dengan penuh integriti dan tanggungjawab, memberikan keyakinan dan ketenangan kepada para jemaah.
Terkini dari Media Muhajir
Ikuti media sosial Muhajir untuk mengetahui aktiviti terkini dan promosi-promosi terbaru kami.
facebook.com/muhajirharamain
Lokasi Kami
Selamat datang ke Agensi Perjalanan Umrah Muhajir, destinasi utama anda untuk perjalanan umrah yang lancar dan penuh keberkatan. Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan bimbingan lengkap sepanjang perjalanan anda ke Tanah Suci.
Muhajir Haramain & International
22-01, Jalan Perjiranan 4/2,
Bandar Dato Onn,
81000 Johor bahru,
Johor, Malaysia
Apakata Pelanggan Kami?
Testimoni pelanggan Muhajir
Muhammad Arif
Wan Diyanah


